Thursday, July 2, 2009

Kursus Pembinaan Blog

Kursus pembinaan blog telah diadakan di SMK Seri Perpatih dari 1 hingga 2 Julai 2009. Seramai lebih kurang 30 orang guru yang merupakan ahli PKG Rompin telah menyertai kursus tersebut. Kursus yang telah dikendalikan oleh En Suhaimi bin Sidek dan En Khairunizam bin Sidek ini telah banyak memberikan pendedahan dalam membina blog untuk PSS sekolah dengan baik dan berkesan. Semoga lebih banyak lagi kursus - kursus sebegini dianjurkan.

Lagu Guru Malaysia

Program Dan Aktiviti PSS


1. Galakan Membaca
2. Membina Bahan-Bahan Bantu Mengajar
3. Pakej KBKK dan Bina Minda
4. Kursus Dalaman Teknologi Pendidikan
Untuk Guru.
5. Bulan Pusat Sumber Sekolah.
6. Buletin PSS.
7. Buletin Sekolah
8. Rancangan Radio SMKPSe
9. Stand and Deliver Speech
10. Pertandingan Pidato
11. Lawatan Ilmu.
12. Penambahan Fizikal PSS
13. Penambahan Buku/ Bukan Buku.
14. Bengkel dan Kursus.
15. Laluan Iqra’.
16. NILAM.
17. Kemahiran Belajar.
18. 10 Minit bersama buku
19. Sambutan Bulan Kemerdekaan
20. Pameran Buku
21. Kem Jejak maklumat
22. Khemah Membaca

Kejayaan PSS 2004 - 2007

KEJAYAAN PSS DARI 2004 HINGGA 2007

2004

1. JOHAN Pertandingan Penghasilan BBM Berasaskan Perisian Power Point, Peringkat PKG Rompin.

2. Penyertaan, Pertandingan Penghasilan BBM Berasaskan Perisian Power Point, Peringkat N. Sembilan
2005

1. JOHAN, Pertandingan Penghasilan BBM berasaskan KBKK, Peringkat PKG Rompin.

2. Saguhati (Keenam), Pertandingan Penghasilan BBM Berasaskan KBKK, Peringkat N. Sembilan
2006

1. JOHAN, Pertandingan Penghasilan BBM berasaskan KBKK, Peringkat PKG Rompin.

2. Ketiga, PSS Cemerlang Sekolah Menengah, Anugerah TEKNOPEN Peringkat PKG Rompin.

3. Saguhati (Keempat), Pertandingan Penghasilan BBM Berasaskan KBKK, Peringkat N. Sembilan
2007

Anugerah TEKNOPEN Peringkat PKG Rompin 2007.

1. Naib Johan PSS Cemerlang Sekolah Menengah.
- Markah Penggredan PSS 2007 = 90%

2. Johan Pertandingan Penghasilan BBM Berasaskan Perisian Power Point dalam P&P.
- Tajuk : Water Supply System ( Science Form 2 )
- Oleh : En. Zulkefli Bin Shahruddin

3. Naib Johan Penghasilan Laman WEB Sekolah.
- Website : www.geocities.com/smkpse_gemas
- Webmaster : En. Hassan Nordin Bin Ibrahim

4. Johan NILAM kategori Menengah Atas.
- Peserta : Nur Izzatie Hazwani Bt Abd. Razak. ( 5 Smart )
- Jumlah buku : 600 buah.

5. Naib Johan NILAM kategori Menengah Rendah.
- Peserta : Nur Ain Bt. Yaakub (4 Smart)
- Jumlah Buku : 350 Buah.
- Calon untuk tokoh Nilam untuk dipertandingkan
- pada peringkat negeri.

Pusat Akses



Pusat Akses SMKPSe telah mula beroperasi pada 2008. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafĂ©” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning) dan mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.