Thursday, July 2, 2009

PSS Berwajah Baru 2008

Pada cuti akhir tahun yang lepas, En. Zulkefli bersama-sama ahli Pustakawan telah menjadi PSS berwajah baru. Beliau telah mengecat semula dalaman perpustakaan, menambah maklumat dan menceriakan papan-papan kenyataan dan banyak lagi. Kata beliau, pertukaran warna di dalam bilik perpustakaan menjadi ceria adalah penting untuk menarik minat warga SMKPSe menggunakan perpustakaan dan komponennya dengan optimum.
Beliau dibantu oleh dua orang ahli Pustakawan iaitu Mohd. Shahrizan B. Abdullahsani dan Mahathir B. Mohammad dan juga beberapa orang lagi ahli pustakawan. Semoga semua warga SMKPSe akan menggunakan perpustakaan dengan baik pada tahun ini.

Wednesday, July 1, 2009

Piagam Pelanggan PSS SMKPSe



Kami warga Pusat Sumber Sekolah, SMK Palong Sebelas (F) dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

Melaksanakan sekurang-kurangnya satu bidang utama kursus/ bengkel dalam setahun bagi setiap panitia dan guru-guru.

  • Memastikan pesanan bahan dan alat yang dibeli oleh pentadbiran sekolah dihantar ke Pusat Sumber Sekolah dalam masa 1 hari selepas penyerahan bahan dan alat di buat.
  • Memastikan proses peminjaman dan pemulangan buku dapat dilakukan dengan cepat dan telus.
  • Memastikan latihan dan bimbingan PSS diberikan kepada semua Pustakawan sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Memastikan mesyuarat-mesyuarat PSS dan AJK dijalankan 2 kali setahun.
  • Melaksanakan program-program ke arah peningkatan akademik pelajar dan juga kepada guru-guru seperti Program NILAM.
  • Mengeluarkan bahan promosi Pusat Sumber Sekolah.
  • Memastikan PSS sentiasa peka dan responsive kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberikan layanan dan perkhidmatan mesra dengan kadar segera.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, pandangan dan teguran yang membina bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.


Panorama PSS

Panorama di PSS SMKPSe. Setelah beberapa pengubahsuaian dan penambahbaikkan dijalankan, PSS SMKPSe telah berjaya menjadi pusat ilmu untuk pelajar-pelajar SMKPSe mengulangkaji dan menimba ilmu dengan lebih selesa.

Visi & Misi PSS SMKPSe

VISI

Memperkasa dan memperluaskan penggunaan media teknologi pendidikan di kalangan warga SMKPSe ke arah pembestarian sekolah.

MISI

PSS SMKPSe akan :

Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh kepada guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bertekad akan memberikan sistem sokongan dalam membudayakan penggunaan media teknologi pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

MOTTO

“ PSS PENJANA TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI “

Sejarah PSS SMKPSe

PSS SMKPSe telah diwujudkan sejajar dengan penubuhan sekolah iaitu pada tahun 1996. Pada waktu itu hanya kelengkapan asas sahaja yang memenuhi bilik-bilik di PSS.
Kini PSS SMKPSe telah mengorak langkah baru dengan melengkapkan semua kemudahan di dalam PSS sejajar dengan penggunaan teknologi pendidikan yang serba luas digunakan di sekolah. PSS juga telah mempunyai seorang GPM yang berfungsi untuk membangunkan PSS SMKPSe.
Beberapa kejayaan telah dicapai oleh PSS baik di peringkat daerah mahupun peringkat negeri. Antaranya Naib Johan PSS sekolah Menengah di peringkat PKG Rompin dan mendapat tempat keempat Pertandingan Penghasilan Bahan P&P Berasaskan KBKK peringkat N. Sembilan pada tahun 2007.
Semoga dengan tenaga dan usaha semua AJK PSS akan memantapkan lagi pengurusan PSS dan akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang lagi.